Saturday, May 3, 2014

Alas Kaki Sepatu Mana?

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu pada my lovely reader sekalian.
Terasa nak tulis artikal tentang kasut pula.


Aku memang suka kasut. Pantang tengok kasut yang cun-cun mesti rasa nak beli. Bab kasut ni aku lebihkan kepada keselesaan sebab kaki aku ini sangat memilih. Silap pilih kasut kaki pun melecet dan merah padam. Kalau untuk travel jauh-jauh just like kena jalan berbatu-batu aku lebih prefer crocodile shoes brand. Aku pilih yang jenis comfort. Kalau just jalan kejap-kejap tu wedges shoes pun boleh.

Tapi sebelum merepek lebih lanjut bab kasut ni. Aku nak bagitahu korang jenis-jenis kasut wanita. Korang ni mesti tahu pakai je kan..tapi korang kena tahu info jugak jangan main hentam jer..Yang penting tepuk dada tanya selera..

Kitten Heel

Untuk pengetahuan korang ini bukan anak kucing kerana ini adalah kasut. Kasut ini bertumit pendek. Tumitnya dari 1.5 inci hingga 2 inci. Berbentuk tirus tumitnya. Tak kirala jenis bertutup atau terbuka kalau tumit jenis macam ini.





Ankle Straps
Kasut ni sangatlah cantik dan membuatkan kita nampak muda lagi awet muda hahaha. Identiti yang perlu korang tahu tentang kasut ini ialah, ada lilitan di sekitar buku lali seperti gambar di atas. Tak kiralah tumit tinggi atau rendah kalau ada lilitan / tali ia adalah ankle straps.






Wedges

Ini kasut yang paling aku suka sangat sebab i look slim with this shoes. Kasut ini lebih stabil berbanding kasut bertumit. Kalau korang masih nak belajar pakai kasut bertumit silalah pakai kasut ini dulu untuk kestabilan badan anda. Lepas dah stabil dan boleh go on pakai la kasut sampai 8 inci pun boleh.




Mary Jane

Kasut ini beridentitikan kasut bertali atau sandal yang bertumit rendah, lebar, tali di atas ruang kaki (tengah) dan bahagian jari kaki yang bertutup bulat seperti gambar di atas. Sesuai kepada mereka yang bertubuh besar dan gologan wanita berusia dan kanak-kanak. Ada yang rendah ada yang tinggi.




Peep Toes

Kasut ini sangat comel. Aku ada sebijik tapi dah berlapuk sebab dah lama simpan hahaha. Ciri-ciri kasut ini dia mempunyai lubang di bahagian hujung jari. so sweet.




Pumps

Kasut ini ada bermacam jenis ketinggian dan jenis tumit tapi ciri utamanya dia bertutup di hadapan dan belakang kasut. Kasut ini lebih kepada gaya formal. So kalau nak pergi interview eloklah korang pakai kasut macam ini tapi jangan tinggi sangat.



Mules

Ciri kasut ini dia bertutup di hadapan dan terbuka di belakang. Tumit bermacam jenis ada yang tapak rata dan ada yang berinci-inci tingginya.




Platform Shoes

Kasut macam ini stail tapak-tapak yang tebal dan tinggi. Ketinggian kasut ini 4 inci gitu.. Kasut ini wujud sejak zaman kuno lagi. Walaupun nampak ketinggalan zaman tapi tetap menjadi ikutan fesyen. Kalau korang nak tahu, contoh kasut sandal/selipar yang tinggi-tinggi itu adalah salah satu jenis platform shoes.



Ballet Plat / Flat

Walaupun kasut ini diaspirasikan daripada kasut ballet tapi sudah menjadi ikutan fesyen semasa. Kasut ini bertutup dan tapak leper. Sekarang ni macam-macam jenis kasut ballet flat yang ada..cross pun ada design macam ni.



Winklepickers

Kasut ini ala-ala boots gitu. Pengemarnya mungkin sukakan gaya rock. Sangat cool!



Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis kasut yang ada di muka dunia ni.
Ini di antara jenis-jenis kasut yang popular di kalangan wanita. Lepas ini korang tak perlulah teragak-agak kasut jenis apa yang perlu dicari nanti. Sebut je jenis kasut, confirm jurujual kasut itu faham. 
Kasut-kasut ini memang cantik tapi korang perlu pilih yang sesuai dengan kaki korang k.

ok da...

p/s : Lama tak shopping kasut..

Sumber Gambar : Cik Google

4 comments:

  1. Replies
    1. B..blh pkai yg jnis wedge shoes..bkn sneakers je..:)

      Delete
  2. admin minat kasut yang mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmpir kesemue minat..:)
      tp yg pling slese pkai flat shoes/ plattf0rm shoes ke mane2..
      jrang mmkai slipper..

      Delete