Wednesday, November 6, 2013

meNAWANkan

Memiliki kaki yang cantik ala artis korea memang selalu di idamkan oleh para gadis. Namun tidak dinafikan tidak semua bertuah memiliki kaki seperti itu. Rata-rata gadis terutamanya di Malaysia sering mengalami masalah kepadatan isi di bahagian bawah pinggang hingga ke kaki. Lebih memalukan bila ‘lebih berisi’ di bahagian betis.

Walau bagaimanapun, jangan bersedih. Apa pun kekurangan kita, semua itu kan ciptaan tuhan.

Bersyukurlah sekurang-kurangnya kamu masih mempunyai kaki. Betul tak ?

beberapa trik untuk kamu si betis besar supaya tampil yakin dengan diri kamu sendiri.

1) NO MINI SKIRT

Jika kamu malu di ketawakan oleh orang ramai, lebih baik jika kamu jauhkan diri daripada mini skirt. Faham sahajalah, skirt atau seluar mini selalunya di ciptakan khas untuk orang-orang yang memiliki bentuk kaki yang panjang, kurus dan menarik. Jadi, jika kamu tidak memiliki seperti apa yang mereka khususkan lebih baik jangan sesekali berani mencuba sesuatu yang kamu tahu efeknya.

2) DARK BETTER

Warna hitam atau gelap mempunyai suatu kuasa ‘ajaib’ yang boleh menyembunyikan segala kelemahan atau menampakkan seseorang itu lebih kecil berbanding biasa. Jadi, apa kata jika kamu memakai seluar, pastikan pilihan warna kamu tepat dan mampu menyorokkan segala kelemahan betis kamu.

3) SIMPLY SMALL

Andai kata kamu ingin menyembunyikan kepadatan isi di betis. Apa kata kamu kenakan seluar yang bermotifkan cetakan kecil di bahagian betis. Teknik ini sangat bagus untuk memberi kesan ilusi kecil dan ramping di bahagian yang padat.

4) PLATFORM SHOES

Memakai kasut tinggi memang boleh menampakan betis kamu lebih kurus dan tegang. Namun, elakan daripada mengenakan kasut wedges kerana ia akan membuatkan betis kamu kelihatan lebih besar bebanding biasa. Malah, ia juga akan menyakitkan kaki kamu kerana tekanan pada kaki dan tegangan pada otot. Sebaliknya cuba kamu kenakan kasut platform yang mempunyai permukaan rata di bahagian kaki depan agar kamu lebih selesa bergerak dan berjalan.


source- Trik utk si Betis besar!

No comments:

Post a Comment