Tuesday, May 27, 2014

BWB



tetiba tergerak hati nk update blog memalam cmni..



nk cerite sal Pertubuhan Belia Wawasan Baharu..
Pertubuhan Belia Wawasan Baharu atau lebih dikenali sebagai BWB merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan secara rasminya di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia pada 26 Ogos 2013.
*masih baru utk bertapak tetapi quite interesting..

bukan ape aku join jadi sukarelawan 1 progam yg agak menarik..

menganjurkan pada 24 dan 25 Mei 2014 bersempena Festival Belia Putrajaya 2014 dan Tahun Melawat Malaysia 2014.






======================
★MAJLIS RAJA SEHARI MEGA 2014★
======================

Tahun 2014 sekali lagi Pertubuhan Belia Wawasan Baharu
(www.fb.com/beliawawasanbaharu)

MAJLIS RAJA SEHARI MEGA 2014!

Dengan Kadar RM5000.

Berlangsung pada 23 & 24 Mei 2014 di Putrajaya 

Sempena "FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA"

★PAKEJ ISTIMEWA INI TERMASUK★

✔Sesi Photography diatas Cruise Ship
✔Konvoi Kereta Mewah berserta Motor Berkuasa Tinggi setiap pasangan
✔Akan di hadiri oleh MENTERI & VVIP
✔Potong Kek & pelamin di atas Cruise
✔100 orang jemputan untuk setiap pasangan
✔Baju Pengantin utk setiap pengantin
✔Pelamin disediakan
✔Pengurusan Pernikahan diuruskan termasuk jurunikah
✔Penginapan di hotel 5 bintang utk setiap pasangan
✔Kad kahwin utk setiap pasangan/Goodies Bag setiap tetamu
✔Profesional Photographer termasuk "Album Perkahwinan"
✔Dewan berhawa dingin
✔Meja beradab utk setiap pasangan pengantin
✔Media Coverage yang meluas


JOM....
*klik di sini
*kata-kata drpd Pengerusi Pertubuhan BWB..
**kacak orangnya

so kalau nk join or nk jadi sebahagian daripada BWB.
jom la join..

meh klik di sini..

blog
*utk maklumat lanjut

facebook
*like page

instragram 
*hashtag any program mahu dilakukan or blh disharekan



Saturday, May 3, 2014

Alas Kaki Sepatu Mana?

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu pada my lovely reader sekalian.
Terasa nak tulis artikal tentang kasut pula.


Aku memang suka kasut. Pantang tengok kasut yang cun-cun mesti rasa nak beli. Bab kasut ni aku lebihkan kepada keselesaan sebab kaki aku ini sangat memilih. Silap pilih kasut kaki pun melecet dan merah padam. Kalau untuk travel jauh-jauh just like kena jalan berbatu-batu aku lebih prefer crocodile shoes brand. Aku pilih yang jenis comfort. Kalau just jalan kejap-kejap tu wedges shoes pun boleh.

Tapi sebelum merepek lebih lanjut bab kasut ni. Aku nak bagitahu korang jenis-jenis kasut wanita. Korang ni mesti tahu pakai je kan..tapi korang kena tahu info jugak jangan main hentam jer..Yang penting tepuk dada tanya selera..

Kitten Heel

Untuk pengetahuan korang ini bukan anak kucing kerana ini adalah kasut. Kasut ini bertumit pendek. Tumitnya dari 1.5 inci hingga 2 inci. Berbentuk tirus tumitnya. Tak kirala jenis bertutup atau terbuka kalau tumit jenis macam ini.





Ankle Straps
Kasut ni sangatlah cantik dan membuatkan kita nampak muda lagi awet muda hahaha. Identiti yang perlu korang tahu tentang kasut ini ialah, ada lilitan di sekitar buku lali seperti gambar di atas. Tak kiralah tumit tinggi atau rendah kalau ada lilitan / tali ia adalah ankle straps.






Wedges

Ini kasut yang paling aku suka sangat sebab i look slim with this shoes. Kasut ini lebih stabil berbanding kasut bertumit. Kalau korang masih nak belajar pakai kasut bertumit silalah pakai kasut ini dulu untuk kestabilan badan anda. Lepas dah stabil dan boleh go on pakai la kasut sampai 8 inci pun boleh.




Mary Jane

Kasut ini beridentitikan kasut bertali atau sandal yang bertumit rendah, lebar, tali di atas ruang kaki (tengah) dan bahagian jari kaki yang bertutup bulat seperti gambar di atas. Sesuai kepada mereka yang bertubuh besar dan gologan wanita berusia dan kanak-kanak. Ada yang rendah ada yang tinggi.




Peep Toes

Kasut ini sangat comel. Aku ada sebijik tapi dah berlapuk sebab dah lama simpan hahaha. Ciri-ciri kasut ini dia mempunyai lubang di bahagian hujung jari. so sweet.




Pumps

Kasut ini ada bermacam jenis ketinggian dan jenis tumit tapi ciri utamanya dia bertutup di hadapan dan belakang kasut. Kasut ini lebih kepada gaya formal. So kalau nak pergi interview eloklah korang pakai kasut macam ini tapi jangan tinggi sangat.



Mules

Ciri kasut ini dia bertutup di hadapan dan terbuka di belakang. Tumit bermacam jenis ada yang tapak rata dan ada yang berinci-inci tingginya.




Platform Shoes

Kasut macam ini stail tapak-tapak yang tebal dan tinggi. Ketinggian kasut ini 4 inci gitu.. Kasut ini wujud sejak zaman kuno lagi. Walaupun nampak ketinggalan zaman tapi tetap menjadi ikutan fesyen. Kalau korang nak tahu, contoh kasut sandal/selipar yang tinggi-tinggi itu adalah salah satu jenis platform shoes.



Ballet Plat / Flat

Walaupun kasut ini diaspirasikan daripada kasut ballet tapi sudah menjadi ikutan fesyen semasa. Kasut ini bertutup dan tapak leper. Sekarang ni macam-macam jenis kasut ballet flat yang ada..cross pun ada design macam ni.



Winklepickers

Kasut ini ala-ala boots gitu. Pengemarnya mungkin sukakan gaya rock. Sangat cool!



Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis kasut yang ada di muka dunia ni.
Ini di antara jenis-jenis kasut yang popular di kalangan wanita. Lepas ini korang tak perlulah teragak-agak kasut jenis apa yang perlu dicari nanti. Sebut je jenis kasut, confirm jurujual kasut itu faham. 
Kasut-kasut ini memang cantik tapi korang perlu pilih yang sesuai dengan kaki korang k.

ok da...

p/s : Lama tak shopping kasut..

Sumber Gambar : Cik Google

Friday, May 2, 2014

Tulisan Tangan

Cuba perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti anda menerusi guideline (panduan) dibawah. 
Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah.








Pertama: Tekanan
i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)
ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)

Kedua: Bentuk Tulisan
i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)
ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)

Ketiga: Kecondongan
i. Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
ii. Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
iii. Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
iv. Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat: Kerapatan
i. Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
ii. Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z
i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)
i. Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana


Rumusan:
Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.